Sabda Rasulullah saw dalam Khutbah Al Wida’ (Khutbah Perpisahan):
“Aku telah meninggalkan kepada kamu wahai umat Islam dua perkara, selagi kamu berpegang kepadanya, maka kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya, dua perkara itu ialah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya”
Sabda Rasulullah dalam riwayat-riwayat yang lain mengenai akhir zaman:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”
[Hadith Riwayat Muslim]
Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah saw bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
[Hadis Riwayat Tarmizi]
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.
Maka salah seorang sahabat bertanya, “ Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’ ”. Seorang sahabat bertanya: “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi saw menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
[Hadits Riwayat Abu Daud]
Rasululullah saw bersabda: “Zaman Kenabian akan berada dengan kamu selama mana yang dikehendaki Allah. Selepasnya Dia akan tamatkannya jika Dia mahu. Selepas itu Khilafah akan muncul mengikut kenabian dan semuanya akan berada seperti cara yang dikehendaki Allah. Selepasnya Dia akan tamatkannya kalau Dia mahu. Selepas itu akan digantikan dengan pemerintahan keturunan dan ia akan berada selama mana Allah kehendaki. Selepasnya Dia akan tamatkannya kalau Dia mahu. Selepas itu akan digantikan dengan pemerintahan kezaliman sepanjang dikehendaki Allah. Selepasnya Dia akan tamatkannya kalau Dia mahu. Selepas itu akan digantikan dengan Khilafah ala minhaj nubuwah (Daulah Islam menurut minhaj kenabian).” Selepasnya baginda saw diam. Dan para sahabat bertanya: “ Apakah yang berlaku selepas itu?”. Rasulullah saw menjawab: “Kiamat”.
[Hadits Riwayat Ahmad]
Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. Akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
[Hadits Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]
Fiman-firman Allah SWT yang berkaitan dengan pemimpin dan pemerintahan yang bermaksud:
“Taatilah Allah, dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu.”
[An Nisa: 59]
“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.”
[Al Maidah:48]
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian yang telah diturunkan Allah kepadamu.”
[Al Maidah: 49]
“…..Barangsiapa tidak memutuskan perkara (hukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”
[Al-Maa-idah: 44]
“…...Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
[Al-Maa-idah: 45]
“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.”
[Al-Maaidah: 47]
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”
[An-Nisa’:65]
“dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan yang adil.”
[An Nisa’ 59]
Firman-firman Allah SWT sebagai ikhtibar dan peringatan yang bermaksud:
“Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku,dan Aku redhai Islam sebagai agama kamu.”
[Surah al-Maidah ayat 3.].
“Apa sahaja yang Rasul memberikan kepada kamu, maka ambillah. Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) melarang, maka jauhkan darinya….”
[Al Hasyr: 7]
“Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu, sesungguhnya bukanlah bersumber daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
[An-Najm: 4]
“Kebenaran (Islam) itu dari Tuhanmu, maka sekali-kali kamu jangan menjadi orang yang ragu.”
[ Al-Baqarah: 147]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (benar), agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama.”
[Al-Fath: 28]
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
[Ar-Ra’d: 11]
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar,dan beriman kepada Allah”
[Surah Ali Imran ayat 110]
“Dan HENDAKLAH ADA DI ANTARA KALIAN SEGOLONGAN UMMAT (JEMAAH) yang ‘MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN’, ‘MENYERU KEPADA YANG MA’RUF’ dan ‘MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR’; dan MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG”
[surah Ali Imran ayat 104].
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku, dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
[An-Nur ayat 55]
“Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”
[Al Mujadilah ayat 56]
“Mereka itu berkelompok (hizb) Allah, Ingatlah bahawa kelompok Allah itulah yang pasti menang”
[Al-Mujadilah ayat 22]
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (Agama-Nya), niscaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu.”
[Surah Muhammad: 7]
“Apabila kamu ditolong oleh Allah, maka tidak akan ada yang sanggup mengalahkan kamu. Maka siapakah yang dapat menolong kamu setelah (pertolongan) Allah? Dan kepada Allah lah orang-orang beriman hendaklah bertawakkal.”
[Ali Imran: 160]
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesunguhnya Dia adalah penerima taubat.”
[AnNashr ayat 1-3]